Sunday, April 11, 2010

Asalamualaikom.....

Assalamualaikom Cikgu....
Syukur Alhamdulillah ...terimakasih kerana Tuan Guru Besar sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya. Seperti yang saya terangkan melalui telefon sebentar tadi teknik FAKTA ASAS yang diperkenalkan adalah kaedah mudah bagi  murid-murid sederhana dan lemah  melakukan operasi didalam Fakta Asas (tambah, tolak ,darab ,bahagi dan juga membina sifir)dengan cara yang mudah,mesra murid dan menyeronokkan.Sepanjang pengalaman saya memberikan motivasi BijakSifir di sekolah-sekolah termasuk di Sek Keb Telok BahangPulau Pinang,Ampangan Seremban, Cembong Rembau, Maran Pahang, Bandar Baru Uda JBharu  Kluang dan lebih 25 buah sekolah di sekitar Melaka, teknik Bijak sifir alif ini memberikan satu pengalaman baru kepada murid-murid dan guru kaedah yang membantu menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik.

Berikut adalah beberapa soalan yang kerap di tanya oleh guru matematik dan guru Besar.

1) Adakah teknik ini bercanggah dengan P&P?
Untuk menjawapnya,saya kungsikan bersama apa yang diperkatakan oleh Guru Besar Sekolah Kebagsaan
Batu Berendam 2(komen Puan Faridah pada 5/4/2010). Menurut Puan Faridah pihak sekolah tidak mahu orang-orang luar mengambil kesempatan dengan menjual bahan-bahan yang tidak mengikut P&P. Lalu saya tunjukkanteknik pola untuk membina sifir 2-9 .Akhirnya beliau mengatakan Cikgu matematik beliau bersetuju yang teknik yang diperkenalkan tahun lepas(2009) memberikan keseronkan belajar murid-murid beliau.

2)Bolehkah  murid-murid saya yang sederhana dan lemah boleh menguasainya dalamasa 2 jam ?
 Untuk menjawab soalan ini, dari pengalaman saya dan diakui oleh guru matematik, sepanjang program yang telah saya jalankan terhadap lebih 30 buah sekolah , lebih dari 60% murid-murid sederhana dan lemah telah boleh menguasainya dalamasa 2 jam.Apa yang menarik ialah apabila murid-murid boleh menguasai corak sifir 2, maka secara lansung mereka boleh membina sifir 4, sifir 6, dan sifir 8. Manakala bagi membina sifir 3, 7 dan 9 mereka mengambil masa 10 minit sahaja untuk menguasainya. Dan yang paling menarik murid dari katogeri ini boleh membina sifir 3 ,7 dan 9 dalamasa kurang dari 10 saat tiap satu.

3) Adakah teknik yang digunakan sama seperti teknik Mohdar,teknik Adi Putra, teknik Sampua dan teknik-teknik yang telah diperkenalkan dipasaran?
Untuk menjawap soalan ini, sepanjang program yang telah saya buat bersama guru-guru matematik ataupun
demo saya kepada Guru Besar, kesemua mengatakan teknik saya belum pernah mereka pernah lihat sebelum ini dan sangat membantu murid mereka yang lemah.

 4)Apa komen guru-guru matematik dan para ibu bapa yangsama mengikuti program ini?
Komen ibubapa- klik disini
Komen Guru -klik disini